IESTC WORKING PAPER SERIES

​#    ​​​Title ​  Authors
​​ ​​​November, 2019 ​
​ 11-2019 Pemberdayaan Harta Wakaf Di Abad Ke-21  Abdul Ghafar Ismail

 

Abstract

Perlembagaan negara Brunei Darussalam memperuntukkan bahawa wakaf merupakan salah satu item dalam Kumpulan Wang Agama Islam. Akta Majlis Ugama Islam dan Mahkamah Kadi pula menjelaskan bahawa wakaf dan pendapatan yang dijana daripadanya merupakan sebahagian kumpulan wang tersebut. Pendapatan ini pula boleh dibelanjakan. Ini menunjukkan bahawa wakaf harus diupayakan untuk menjana pendapatan (dan manfaat) dan seterusnya dapat memberi impak kepada pemberdayaan sosio-ekonomi masyarakat. Oleh itu, tujuan makalah ini ingin membuktikan bahawa wakaf sebagai alat ekonomi dan berupaya untuk memperbaiki situasi dan keadaan masyarakat. Dapatan perbincangan menunjukkan bahawa: pemberdayaan berpusatkan manusia (masyarakat) berupaya menggerakkan wakaf sebagai agen pembangunan.

Katakunci: wakaf, Kumpulan Wang Agama Islam, Akta, pembangunan, sosioekonomi Klasifikasi JEL: D64, I31, K40, N25, N45